follow me ;) xx

Monday, December 23, 2013

selamat jalan.

selamat jalan saya ucapkan kepada kakak saya satu-satunya. dia kata dia sudah pun sampai di Penang. baru juga tadi kami mention-mention dekat Twitter. timbul rasa cemburu la sangat sebab saya pun mau habis SPM cepat-cepat then jalan pergi mana-mana tempat lain selain Sabah ni. London maybe? :P yeah, I wish, someday. okay, kembali ke cerita kakak saya. saya hanya doakan semoga dia dekat sana selamat dan di lindungi oleh Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT. jaga dirimu wahai kakak ku yang kuat menengking. kakak

Saturday, December 14, 2013

why?

assalamualaikum semua ;) hi, lama sudah tiada update dari saya. okay, hari ini saya ingin berkongsi sedikitlah tentang perkembangan hidup saya yang tidak seberapa ni. actually buat masa sekarang ni saya rasa diri saya terperangkap tau. cerita dia macam ni, sebenarnya sekarang saya sudah ada boyfriend lah katakan kan, alhamdulillah boleh kata saya bahagia lah dengan dia. tapi, apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah ex boyfriend saya. nama tidak perlulah mention kan, cuma saya betul-betul panas ni sama dia sebab dia tidak habis-habis lagi cerita buruk pasal saya etc. malas lah ni, betul panas hati saya. apa yang saya mampu buat hanyalah bersabar bersabar dan terus bersabar. saya sebenarnya pelik juga dengan perangai hantu dia tu, dia kata dia sayangkan saya tapi apa yang bikin bingung tu, kenapa dia tidak berusaha dapatkan saya semula semasa saya single? kenapa baru sekarang? hmm,apa-apa pun semoga suatu hari nanti dia akan berhenti. mungkin dalam hal ni, saya salah juga. sebab sebenarnya boyfriend saya sekarang ni ex saya punya cousin. boleh kira saya cari bala lah kan, tapi mahu kata apa. hati yang minta macam ni, saya pun tidak sedar bila saya jatuh cinta tapi itulah hakikatnya. kali ini saya suda berjanji dalam hati saya, bahawa saya akan serius dalam bercinta. walau macam mana pun saya tidak akan main-main lagi. susah mahu cari lelaki baik sekarang ni, walau pun di mata semua orang boyfriend saya ni jahat dan macam-macam lah, tapi dari mata hati saya, saya boleh lihat ciri-ciri mulia dalam diri dia. saya tidak kisah orang mahu kata apa. sekian, wassalam.

Friday, November 22, 2013

Salam Jumaat.

assalamualaikum w.b.t alhamdulillah masih diberi kesempatan utk bernyawa pada hari ini. Syukur kepada Allah SWT . pada hari Jumaat yg penuh barakah ini, saya mengucapkan syukur kerana masih terlihat para Adam berjalan kaki menuju ke masjid utk menunaikan Solat Jumaat gituu ;) walaupun ada segelintir yg tidak menunaikan kewajipan itu, namun saya tetap berdoa agar tidak pupus Adams yg menunaikannya. Amiin.

Sekian,salam sayang
-RoRo-

Thursday, November 21, 2013

baca dulu ;)

hi, assalamualaikum w.b.t kepada semua . hihi , alhamdulillah sehingga ke hari ini saya masih di beri peluang utk menikmati semua nikmat dan kurnia dari Allah SWT . so, apa khabar semua? lama tidak mendengar berita dari saya bukan ? :) andai rindu, katakan sahaja :P haha . okay , sedar tidak sedar 2013 hampir ke penghujungnya bukan? alhamdulillah , pada tahun hadapan saya akan menaiki satu lagi tangga :) dan saya masih belum dapat mengagak juga berapa result pmr saya nnt. semoga result nya yg cantik d mata menawan hati dan jiwa lah kan. tidak buruk lah bak kata saya. dan semoga pada kawan2 yg batch '98 seperti saya yg belum lagi menerima result pmr tu, semoga lulus cemerlang hendaknya. akhir kata , assalamualaikum w.b.t

salam sayang,
-RoRo-

Thursday, September 5, 2013

special for PMR candidates

hi ;) assalamualaikum :) xx

apa khabar semua? harap nya semua sihat sahaja la kan sebab PMR pun sudah tidak lama lagi :)
only 27 days before facing our real examination right? counting down a day. day by day ._. what I am feeling? nervous excited and so on. I cant wait for holidays actually :)

so, for my fellow friend that same with me, I mean PMR candidates 2013. I wish you goodluck and please do your best :) then we can lawan-lawan result lah nanti :) so, study hard! study smart :*


sincerely,
Roro :) xx

Friday, July 5, 2013

saya rindukan dia :')

hai, assalamualaikum ;) apa khabar semua? saya harap anda semua dalam keadaan yang baik ya. hee, hari ini pada hari yang mulia ini iaitu penghulu kepada semua hari, Hari Jumaat, saya ingin mendoakan agar anda semua dalam keadaan yang sihat walafiat, di jauhi dari api neraka dan sentiasa di lindungi Allah SWT. Dalam kita menanti satu bulan yang penuh dengan kerahmatan-Nya, kita masih leka dan lalai dalam mengingatkan diri kepada Allah SWT. Pencipta kita, Tuhan kita dan nyawa kita. Dia iaitu Allah SWT, dan kita hanya hamba-Nya. Kita wajib patuh akan semua perintah-Nya kan? Oleh itu, dalam kita leka dengan kehidupan duniawi, sempat-sempatkanlah juga untuk mengingati Allah ya? hee

Dalam tulisan jiwa saya pada kali ini, saya telah pun menulis ajuk ya iaitu 'Saya Rindukan Dia'. Siapa sebenarnya yang saya rindui? anda semua pasti tertanya-tanya ataupun ada sudah yang boleh mengagak saya merindui crush saya. ohh tidak, dalam tulisan saya ini, saya merindui Tuhan semesta alam kita. Satu-satunya iaitu Allah SWT, alhamdulillah dalam menanti bulan Ramadhan, saya tersedar dari kelalaian saya selama ini yang sedikit pun tidak pernah mengingati-Nya. Alangkah bodohnya saya, dan terima kasih juga kepada crush saya yang selalu mengingatkan saya kepada-Nya. dan alhamdulillah, kerana Allah SWT saya ingin berubah agar menjadi seorang wanita, bukan lagi seorang perempuan. Saya berharap dan berdoa agar adik-adik dan kawan-kawan saya yang masih lalai dengan duniawi agar segeralah bertaubat kerana Ajal tidak menunggu Taubat anda ;) sekian, assalamualaikum.

Monday, June 17, 2013

CRUSH

 haha, hai assalamualaikum semua. Apa khabar? dan saya harap anda semua sihat sejahtera sahaja.

Sebelum itu, saya ingin bertanya di sini. adakah anda masih ingat dengan saya? haha, mungkin ada yang sudah lupa ya pemilik blog Farrah Arra ini oleh kerana saya terlalu sibuk dan terlalu malas hendak menaip berjam-jam di depan komputer untuk blog saya yang semakin membusuk ini. Bukan saya hendak menghina blog yang saya terajui sendiri ini, namun itulah hakikat yang perlu anda dan saya terima. Lebih-lebih lagi saya memang sudah hilang ingatan dan lupa tentang blog ini. Lupa segala-galanya. entah apalah masalah yang dihadapi oleh saya sebenarnya, mungkin seperti yang telah saya katakan tadi, malas dan sibuk.

okey, kita hentikan cerita mengenai masalah peribadi saya itu :3 mari kita cerita pasal crush saya pula. mahu tahu siapa crush saya? haha, tak kelakar lah kan kalau mahu upload gambar dia dekat sini. kan? nanti dia saman saya pula kerana mencabul privasi dia :3 yang saya boleh katakan hanya lah saya gelar dia dengan gelaran H sebab nama dia bermula dari huruf bertuah itu :) mula-mula kenal dekat BBM, lepastu sambung pergi FB, lepastu Twitter. mungkin anda kata saya kurang kewarasan, tetapi saya masih juga akan crush on him no matter what k. mari kita cerita serba sedikit mengenai diri dia :) mesti ramai yang mahu tahu ni kan? mungkin juga tak. whatever k whatever.
mari main permainan yang selalu kita jumpa dekat FB ni.

NAMA: H
UMUR: 18
ALAMAT: KK
JANTINA: Lelaki
KERJA/STUDY: Study
STATUS: Bujang

okey, tak mahu lah cerita lebih-lebih pasal dia. nanti korang pula yang jatuh cinta dengan dia kan? gatal~ haha, gurau k gurau :3 apa-apa pun saya berharap suatu hari nanti dia akan pandang juga saya yang buruk ni. dan saya tak harap lebih, saya tak harap pun dia jadi BF saya ka apa. Jodoh tu kan di tangan Allah SWT. kalau dia jodoh saya, alhamdulillah. tapi kalau bukan pun, saya yakin Allah SWT telah aturkan segala-gala yang indah bagi saya. Amin :)

Monday, May 20, 2013

SURAT.


Losing, I lost someone that is really meaningful to my life. I know her since we are together schooling at the same pre-school until now. We are still together schooling at the same middle school, SMK Pekan Kuala Penyu. But, after last Monday, 15th April 2013 we got a little misunderstood caused by our teacher. But, I can still forgive his fault because he is a little crazy. He got mental problem. But, still I am really sad because I think that my very best friend faring from me. We did not chatting or smiling each other for two days since that incidents happen. I know it is my fault too. For causing she got a throwing shoe on her head. Because I am sitting at the back of her, the crazy teacher tries to throw his shoe to me because my mouth cannot stop from being nosy and nosy. He tries to throw that shoe at me, but unluckily my very best friend got it for my fault. And, she cried. But, I still keep blaming the teacher. He did not suppose throw the shoe to his students. I think it will be ‘over doing’ because he might use any other way to stop me from being chatting. Now, I hate him for causing my friend stay away from me. SOBSOBSOB! 


Kampung Jangkit,
89740, Kuala Penyu,
Sabah.  

Dear friend,
Please forgive me. I miss you, I really miss you my dear. My life will be empty if you are away from me. I cannot live without a good friend like you. I cannot stand if you see me and you just make don’t know. It made me sad, sad deep inside from my heart. It hard to be alone without you, I want to count on you. Will you still want come to help me? I need you. You always make me smile and laugh. Nowadays, you did not chat to me. I feel like crazy, I feel like I lost all of my soul. What is the use to come school but I have lost my very best friend ever.
I really want to chat with you, but you always make don’t know to me. I feel like you just threw me away from your life. Maybe you just forgot all about us, all about me. When you see me, I can feel that you make a disgusting face at me. I can feel it even I did not see your face. I know it is not good for take a negative thinking on you, but your attitude had make me think that way. I know you are really good friend, but it is not impossible that you will be turn into anything after that incidents. I keep blaming myself. Even though I have asked for apologized, you still did not say that you forgive me, right?
Do you know how bad my day is without you? Do you know how I miss you every day? My dear, I feel like no use to be here if I’ve lost my very best friend ever. I am lonely. I lost my smile, I lost my shine, I lost my sound. I lost everything that always comes after you. I need you, as my conductor. I need you as my listener. I need you as my warrior.
Once again, please forgive me. I know it hurts for having a throwing shoe on your head. But, I really regret. Please, you make me guilty. Please forgive me my dear friend. I LOVE YOU.


Yours truly,

[Nurfaradatul Umi Yusof]

Friday, April 12, 2013

Happy Bornday :3

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog saya. Baru-baru ini iaitu pada hari Selasa lepas saya telah menjadi proses ke hari tua dan proses menuju kematian iaitu Bornday ;)
Saya menganggap bahawa hari ulang tahun kelahiran saya itu sebagai hari memperingati saya bahaw saya semakin tua dan semakin dewasa serta semakin dekat dengan kematian.

Happy Bornday To Me :)

Friday, April 5, 2013

APRIL

Hai, assalamualaikum. Salam Jumaat dan salam ukhwah.
Hari ini, 5 April 2013 birthday Aizat tahu? Aizat tu kan, Aizat tu kan ...... Aizat tu kan BOYFRIEND saya !! Saya punya Kawan Amira lah :D huahaha.
Lepastu pula nanti 9 April birthday siapa pula? Saya ok! SAYA !! Dan kepada semua follower saya yang tidak seberapa banyak tu, jangan lupa wish sama saya k. berharap ni! berharap.
Huaaa, kesianlah kat saya ni. Sebenarnya sekarang ni pun saya tidak seberapa mahu sihat ni, sakit saya bah lepas balik dari KK tu, actually memang sejak dari KK lagi ni saya nda sihat. Nda ka kesian tu? Kesian kan, hee. Lepastu kan, tambah-tambah lagi saya rindu sama pujaan hati saya, bukan Sir!!! Aleng ok! Aleng.
Haha, semoga saya segera sembuh dan kamu pun doakanlah untuk saya ;) boleh kan? mustahil kamu nda kesian sama saya ni.

BTW, mahu tanya pula ni pasal Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu tu. Apa cerita sudah? Sorry lah, saya nda berapa alert mahu update dia punya perkembangan. Dengar-dengar mahu habis sudah tu pengganas kan? May Allah Bless Us.

Thursday, March 28, 2013

KK ;)

hai assalamualaikum semua.
nama saya Fara, dan sekarang saya berada di Kota kinabalu or nama popularrrr nya KK :D
Kemarin saya sampai kat sini naik train dari Beaufort. Dari Kuala Penyu saya naik bas pula. begitu rajinnya saya kan? tepuk lah tangan tu :3

Kemarin masa sampai seja kat stesen kereta api Putatan, masa dah keluar dari train tu kan, tiba-tiba saya nampak duit RM50 jatuh tau, dari orang yang jalan kat depan saya. Saya pun pungut duit tu then bagi kat dia. Dia ambil, lepastu dia kata "Thanks". But, lepastu dia tunjuk duit tu kat kawan dia and cakap blablabla. Saya terdengar sounds like dia kata bukan duit dia. Err, menyesal bagi. Terlalu jujur lah pulak!

Lepas tu kan, saya dah nampak dah my boo duduk kat kerusi tunggu kedatangan cinderella nya ni, cinderella lah sangat kan! terus saya pun pergi ke arah dia. Mula-mula tu, sebelum saya sampai kat stesen kami on call. Tapi kononnya kami mahu saling mencari-cari bila sampai sana. Dia kata dia mahu menyorok. Tak jugak, dok tepacak seja kat depan-depan muka saya. Agak mintapuji gaya dia.
Lepas tu pula, saya ada cerita juga dengan dia pasal duit tu, tahu apa dia kata dengan saya ? "buduuuu"
thats all, takpe. boyfriend saya ni memang lah tersangat sweet kan!

Terus kami pun berangkat menuju ke bandar KK lepas tu. Kami pergi CP atau nama penuh dia Centre Point Shopping Mall. kat dalam CP, kedai first yang kami tuju is KFC restaurant sebab saya kata dengan dia memang saya tersangat lah lapar tika itu. huuuuu
Kami order dua set Colonel Chicken Rice and boyfriend saya minum Revive saya pula Pepsi sahaja. Budak yang kat kaunter masa tu, yang layan kami tu kalau tak silap saya perempuan. Tak bertudung.
Lepas bayar makanan tu, kami pun pergi cari tempat duduk. Masa tu punya lah ramai kan, nasib baik KFC kat CP ne dah renovate tahun lepas. Luas dan lebih banyak tempat. Masa makan tu punya lah saya tebaruss,  ya lah, terlampau lapar ni kan. haha XD

Lepastu, kami pergi jalan-jalan lagi round CP. Lepas tu kami pergi beli ice cream, then lepas tu lagi kami pergi tempat main pool. Tapi masa tu pool banyak orang. Malas pula saya nak main. Lepas tu kami pergi karaoke, lepas tu jalan lagi. Lepas tu dalam kira-kira jam 4 kami terserempak pula dengan kawan boyfriend saya iaitu Eben. Eben dengan girlfriend dia. Lepastu masa kami nak keluar, terserampak lagi dengan Eben. Masa tu Eben dengan kawan-kawan dia nak pergi Tg.Aru. Dorang pun bawa kami pergi, masa tu pula kan tiba-tiba seja bf kesayangan saya ni merajuk entah kenapa. Then, kami pergi lah kat Tg.Aru. Masa kat sana dia masih kurang bercakap dengan saya dan lama-lama saya pun fed up mahu pujuk dia saya pun berlalu pergi berjalan perlahan-lahan dan dia pun kejar saya dari belakang. Masa tu dia tahu saya pula yang nak merajuk. Dia nak halang saya dari jalan, saya takmahu layan dia. Haha, lepastu pula dia pujuk-pujuk saya sampai saya senyum semula. Kami pun pergi duduk kat tempat lain yang tiada kawan dia tu. Tapi kemarin memang ramai orang lah kat situ. hmph,best nya tengok dorang camping dengan family.

Lepas puas ambik gambar guna phone bf saya, kami pun pergi balik ke Putatan. Sebab masa tu memang sudah hampir maghrib. Dia hantar saya ke rumah sepupu saya dan dia pergi balik kerja. END .

Thursday, March 21, 2013

Tidak bertajuk.

entry kali ini saya tidak mahu letak title and biarlah kamu suspend mahu baca sampai hujung kaki punya entry ni ;) kono

Tidak dinamakan manusia jika tidak punya kekurangan, tidak dinamakan hidup jika tiada dugaan. Tidak dinamakan cinta jika hanya dijadikan mainan.

Pada hari ini, semua yang aku lakukan aku kesali sekali. Kerana apa yang telah aku lakukan, tidak dapat ku betulkan kembali. Segala kejahatan dan kemungkaran sentiasa melingkari diri, kini aku terdiam sepi, sepi tanpa apa-apa yang boleh dibanggakan lagi.
Tanpa aku sedari, kini aku berusia 15 tahun, peristiwa yang telah meragut segalanya itu telah semakin hari semakin pergi. Saat ingin dihilangkan, ia masih tetap kembali. Menemani di malam sepi sehingga airmata mengalir ke pipi. Apa yang dapat aku sesali kini, tiada guna tiada dapat tertolong lagi. Kini semuanya musnah tanpa ia di dalam diri. Seorang perempuan seperti aku, memang tidak layak untuk dihormati lagi.
Sedangkan sebelum ini aku lah yang paling membangga diri, dan hingga kini di depan semua aku masih kekal begini. Sampai bila? Sampai aku mati?
Tidak, aku tidak boleh membiarkan diri ku terus terbuai mimpi, membawa diri semakin mendekati neraka yang bahawanya untuk orang-orang yang senantiasa melakukan kemungkaran dan dosa semasa hidup lagi. Sampai bila pula aku harus mengikut jejak mereka? Sampai bila pula aku kekal ketawa membawa dosa ke sana ke mari sehingga setiap mata yang memandang seakan membenci diri ini.

Oh, wahai insan yang masih berpijak di bumi Allah ini, bangkitlah kamu menentang dan teruslah kamu mara untuk berkejar-kejaran ke arah kebaikan. Dan berlarilah kamu berebut syurga Allah yang hakiki keran sesungguhnya tiada yang abadi di dunia ini. Insyaallah.

Upset

a little upset because saya telah digugurkan dari menjadi pemain bola baling :P upset lah sangat kan.
Actually tidaklah sebab saya memang berharap sangat kerana jika saya masih mengikuti bola baling tu, mesti kena suruh pergi latihan time cuti ni. So, I thank to God sebab masih beri saya kesempatan untuk menikmati cuti saya bersama yang bernama cinta hati :P

Semua pun tahu right our school holiday pun on the corner dah?  and saya memang hoping saya dapat pergi KK then jumpa dia. huhuk. Secara jujur belum ada bajet lagi nak pergi ni, tapi kamu kamu doa kanlah semoga saya diturunkan duit dan bantuan kewangan :) haha.

Saya harap kepada semua pelajar2 yang akan bercuti satu hari lagi, kamu semua akan manfaatkan cuti tersebut dengan berfaedah dan jangan lupa untuk siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu nanti. especially pada kamu kamu calon PMR and SPM.

Teringat pula pasal budak SPM, saya pun tidak tahu apa keputusan SPM sekolah kami pada tahun ini. Tapi mengikut apa yang cikgu Diana kata tadi, the best result pun 4A+. Apa-apa pun tahniah kepada semua kakak-kakak dan abang-abang yang telah berjuang habis-habisan untuk SPM tahun lepas. Pada SPM candidates tahun ni pula, including my sister lah good luck and do the best.

Tidak lupa juga ucapan good luck kepada PMR candidates tahun ni including me and my other friends. I hope we all can do the best and improve our school's name to be the best school in Kuala Penyu, Sabah and Malaysia. Who read my blog will know this and I pray for all of you, good luck !

Wednesday, March 20, 2013

Tidak bersungguh-sungguh

assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini :P (kalau ada yang baca)

saya hari ini mahu bercerita tentang latihan handball yg tidak saya lakukan betul-betul kerana saya hanya berlatih mengikut kemahuan dan kehendak diri sendiri. Cikgu Ghaffar sdh sedia maklum dengan perangai saya dan dia sedikit pun tidak memarahi saya yg teramat dia sayangi ini (poyo)
tugas saya sebagai penjaga gol juga telah saya serahkan sepenuhnya kepada kakak senior saya Mumtaz.
Tambah2 lagi saya sudah pun menawarkan diri kepada Cikgu Ghaffar untuk menjadi reserve sahaja ;)
Awesome kan saya? haha, memang agak poyo.
okay dan lagi satu, saya ingin memberitahu bahawa saya memang agak tidak suka apabila orang sangat2 berlagak dan mintapuji di depan saya. saya benci.

Friday, March 15, 2013

Rezeki saya ;)

alhamdulillah, kemarin petang saya telah mengikuti selection for netball dan bola baling dan saya terpilih untuk kedua-duanya. Pada hari ini pula, sekolah kami mempunyai perlawanan persahabatan bola jaring dengan SMK Menumbok untuk memilih sesiapa dari sekolah kami untuk ke peringkat zon. Malangnya hanya beberapa orang sahaja yang terpilih dan saya semestinya tidak ;)

Untuk bola baling pula saya diberi mandat untuk menjadi penjaga gol. HAHA, memang tidak asing bagi saya kerana sejak di sekolah rendah lagi saya menjadi pemain bola baling dan akan setia menjadi penjaga gol.
Tetapi semua orang harus sedar bahawa tugas penjaga gol ni memang susah sebab tanggungjawab dia besar tau nak jaga pintu gol tu. Dan saya berjanji akan buat yang terbaik! Wish me luck you all, thanks!

Mahu cerita pula tentang seseorang yang selalu membuat saya tersenyum sendiri ni, saya rasa kawan saya yang baca blog saya pun tahu siapa yang saya maksudnya. Dia tidak pernah gagal untuk membuat saya tersenyum dan angau. Panggilan 'Bibir' yang dia bagi kat saya memang sudah melekat dan saya dapat rasa dia akan panggil saya dengan nama itu sampai bila-bila :P
Saya tahu dia dengan saya memang jauh jarak umur, tapi jika diberi kesempatan dan peluang, saya sangat berharap dapat jadi adik dia or whatever :P

-POYO-

Wednesday, March 13, 2013

Ujian Tamat!

assalamualaikum semua. Hari ini iaitu hari Rabu bersamaan dengan 13 March 2013 tamat lah sudah ujian setara untuk kami budak-budak PMR :D alhamdulillah syukur yang amat-amat saya ucapkan kerana ianya berjalan dengan lancar dan sempurna. Akhirnya, saya boleh menjawab soalan-soalan ujian yang sangat mudah saya rasa ya? :P

Dan lepastu akan di nanti pula keputusannya. macam mana nanti erk? bagus atau tidak tu?
Hopefully okay lah, takmau lah buruk sangat.
Tapi yang paling penting adalah, tidak lama lagi saya akan menuju ke syurga dunia saya iaitu Kota Kinabalu. Kerana saya sudah plan awal-awal dengan my Mr.Milo untuk celebrate birthday saya. Tetapi awal sikit lah sebab masa nirthday saya tu hari Selasa. Susah sikit sebab saya kan sekolah, lagipun Mr.Milo kat KK. Macam mana? so terpaksa lah sambut awal walaupun saya tak suka celebrate birthday saya bukan pada tarikhnya. Apa-apa pun sekarang saya memang dah bahagia sangat-sangat sebab masih ada orang yang sayang kat saya ni. alhamdulillah

Friday, March 1, 2013

kalau aku bukan aku.

kalau lah aku tidak dilahirkan sebagai aku sekarang, korang rasa apa yang aku akan jadi?
kalau lah aku berhak untuk memilih aku akan dilahirkan sebagai apa, korang rasa apa yang aku akan pilih?
Dan jika sekiranya aku mesti menjadi diri aku sekarang, apa yang akan terjadi pada aku di masa hadapan?
same goes to you, you must think as how me think. You must be think what you gonna be in the future.
Jangan sia2 kan masa muda anda kawangg ;)

Tuesday, February 26, 2013

semalam ku bermimpi.


hai hai hai semalam ku bermimpi. Ku bermimpi menangkap gambar sendiri. Di kamar sepi seorang diri,
gunakan kamera kakak aku ~~ lalalalalala , okay seriously itu song ye?

haha, okay. Lupakan pasal mimpi saya menangkap gambar itu, memang la agak siuman sebab saya mintapuji sangat mahu snap-snap semalam. lagipun sebab saya nak snap tu pun because of the new lipstick yg mom bought tu la, colour pinky-pinky la. Cantik, nice. Sengaja kata mama guna tak sesuai and tak cantik. Padahal okay je sebenarnya. Harga lipstick tu tak lah mahal sangat actually, mampu dibeli oleh kalangan remaja k. Mom kata RM17.90 je kalau tak silap dia. Jenama MAC. wahh~ sempat pula dia nak mempromosikan barangan MAC ni. Baik much!

Okay, now nak cerita pula pasal Sir Alex Lai kesayangan aku tu. Eya lah, tadi ada English Writing and suka-suki dia pula nak kutuk saya depan-depan. Geram much! tapi takpa, saya tetap happy sebab saya sayang kat dia sangat-sangat. ohhh~ sayang lah sangat!
Haha, dah! enough. Cukuplah tu cerita pasal my beloved teacher tu. Nanti kalau dia tahu, mampus kita.

Cerita pula pasal bulan March ni, actually so much teacher dah told us yang bermula pada bulan depan atau March ni, we are going to have some of extra classes la. But for 8 important subject only. yeah, for PMR.
maklum lah budak PMR ni kan, mestilah. dah-dah lama batch yang terakhir tau! Semua mata pandang kitaorang. Takut seram gila.

Memang lah saya seorang yang sangat extra pemalas sebab memang tak suka study, but I will try hard babe!
Hehe, bukannya susah sangat pun PMR ni. kacang je! opssss, mohon menyampah k.
Memang sudah jadi tiruan cara ustazah saya bercakap. dah dah! nak masuk segmen mengumpat pula ni. Astagfirullah.

terima kasih sebab sudi baca, thats all. malas nak taip panjang berjela-jela. nak layan Twitter and Facebook ni haaa ! assalamualaikum

Monday, February 25, 2013

TAMAT

hai semua, hari ni pada 25 Februari, tamatlah sudah pencarian saya untuk memblog listkan blog-blog budak comel kat dalam dunia blog ni ;)
Saya tamatkan nya cepat dari tarikh sebenarnya sebab dah memang takda orang nak join pun :P
apa lah sangat blog saya ni, bukannya banyak follower pun. Okay, so pada semua thanks sebab sudi nak di bloglistkan di blog saya ni. Alhamdulillah.

keras seperti batu.

dulu aku lemah, aku tak kuat. Aku sakit.
Sekarang aku kuat, cukup kuat untuk berdiri tanpa sebelah kaki.
Untuk terbang tinggi tanpa sebelah sayap dan untuk berlari tanpa pandang belakang lagi.
Sekarang aku sudah cukup puas menangis demi kau. Menangis untuk meratap kepergian kau yang langsung tiada makna untuk aku sekarang.
Pergilah kau cinta lama. Pergilah kau jauh-jauh dari si Perempuan yang gagah perkasa ini. Sebelum buku lima hinggap di pipi, lebih baik kau pergi tinggalkan aku sendiri.
Aku lebih rela menangis sepi daripada menangis kerana kau pergi. Atas sebab kau cintakan dia lalu melupakan aku cinta yang kau sayang-sayang dulu.

Hei sang Lelaki, jangan sesekali kau hampiri aku lagi. Sudah cukup masa yang ku beri, untuk buat kau sedar diri. Pergi !
aku sudah bukan milikmu lagi, jadi lebih baik kau buang aku dan pergi kepada dia. Si sang Kekasih hati.
Aku lebih rela sendiri daripada harus meratapi kepergiaan mu yang sungguh sia-sia untuk aku tangisi di setiap malam di kamar sepi ku sendiri.

HAHA, mungkin kau kata aku gila bila aku ketawa. Mungkin kau kata aku sudah tidak siuman kerana kehilangan kau di hari lepas. TIDAK. tidak sama sekali. Setitik airmata pun tidak akan aku titiskan demi kau sang penipu. Sang pemberi cinta palsu. Kini aku hidup penuh dengan senda tawa, dengan perasaan yang gembira tanpa perlu mengenang kisah-kisah lama. Tanpa perlu menitiskan airmata. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah sayang kau, aku sayang gila kat kau dulu. tapi, dah kata pun dulu kan. DULU kan.
Hell la kalau mahu ingat lagi. Now, I am going to delete all about you in my past post. Start !

Tuesday, February 12, 2013

TAWAU MARIIII

hai, assalamualaikum semua para pembaca. *kalau ada orang baca lah, mcm syok sendiri pula

okay, hai again. Its still me, I still alive and I can survive with my parents money, lol! *saya merapik saja.
Sebenarnya saya baru sampai kat Putatan ni rumah cousin sebab besok maybe kami akan bertolak ke Kota Belud dan dari Kota Belud kami akan pergi ke Tawau.
Saya sangat teruja untuk pergi sebab this is my first long journey la kot.
Selama saya hidup tempat paling jauh yang saya pernah pergi hanyalah Ranau. FYI, Ranau still in Sabah okay, tempat asal Adira tuuu.
HAHA, lupakan Adira k? Kembalikan ingatan anda kepada saya. Saya yang tidak begitu cantik namun ada daya penarik yang tersendiri dengan senyuman indah alahaiii merapik lagi -.-

Enough with that, okay ?
So, mungkin tomorrow we will start out journey to Kota Belud first then maybe kami akan bermalam dulu kat sana lepastu baru lah bertolak ke Tawau.
Saya belum cerita lagi kan atas dasar apa kami ke sana?
Saya dan keluarga pergi ke sana atas dasar urusan keluarga lah katenyeeee.
Abang sepupu saya yang parents nya tinggal di Kota Belud itu hendak memperisterikan orang Tawau lah katenyeeeee.
So, sebab tu lah kita orang bertolak dari Kota Belud. Fahim tum?

Okay, sudah selesai dengan orang yang ingin mendirikan masjid, kita bercerita pula tentang Tuan Punya Tanah ne.
Dia Farrah Arra dah berstatus 'Single' sekarang. Sedih? mungkin, haha! Tiada siapa yang dapat mentafsir hati saya sebab saya seseorang yang kurang berperasaan katenyeeee.
Dan dengan status saya sekarang, mungkin sedikit sebanyak akan blablablabla.

So, semoga saya dan dia kekal bercinta. Kerana hati yang bercinta walau hubungan takda :P
Saya harap dia setia menanti saya dalam susah mahupun senang.Sememangnya Anas Musaiyar seorang lelaki yang budiman dan bertanggungjawab pada pendapat saya. Saya bukan mensia-siakannya namun mungkin inilah yang dikatakan pengorbanan.
Semoga bahagia dan sihat sejahtera.
Sekian terima kasih kepada pembaca yang belum tentu ada. Kalau ada, jangan segan untuk tinggalkan komen ;)

Friday, February 8, 2013

Joined Segmen Review Blog by Miss RA

Hai dan assalamualaikum RA ;)
saya pun join jugak segmen review blog you. Mungkin bukan segmen, tapi saya panggil dia segmen lah sebab taktahu nak panggil apa -.-
hehe.
First at all, you kata mesti comment some about your blog right ?
Just so you know, I am jealous with you because you have a really beautiful blog.
I dont know beautiful yang macam mana, tapi yang saya pasti lebih cantik dari blog saya.
Kemudian, blog you tidak ada apa2 masalah dalam kes loading :P
Blog you juga sangat comel dan menarik sebab pink pink <3
kalau boleh saya pun mahu blog yang cantik mcm you. Nanti buat lah segmen Tolong Edit Blog Orang atas dasar Kasihan Dan 100% tanpa bayaran? terutama sekali blog saya yang sememangnya bikin kesian :P

So, thats all I want to comment abou your blog, keep blogging and share more ;)

Thursday, February 7, 2013

cantik kah kau ?

hei ! kau perempuan durjana.
cantikkah engkau dengan kata-kata kesat mu?
cantikkah engkau dengan semua sikap tambir mu?
cantikkah engkau dengan lagak gayamu yang selalu menimbulkan rasa menyampahku dan rakan-rakan lain?
adakah kau rasa kau hebat?
adakah kau rasa kau boleh takhlukkan dunia dengan sikapmu yang begitu?

hey perempuan, aku tidak sedikit pun goyah dengan semua kata-kata kebabian yang kau lemparkan.
Kau tidak tahu sebagaimana kuatnya jiwa ku jika ingin dibandingkan dengan jiwamu yang rapuh dan tidak sedar diri.
Kau tidak mengerti dengan dalam lagi soal dunia ini.
Kau sungguh-sungguh mencabar imanku dan sedikit demi sedikit kau mendorong aku supaya menampar muka mu yang tidak cantik itu.

terima kasih aku berikan dengan hormat untuk mu atas semua kebabian yang kau lakukan depan mata aku.
Kau tidak cantik untuk semua itu dan kau takkan ku hormati lagi.
Kau akan menyesal atas kebabian yang kau lakukan sebelum ini kerana aku boleh membabi lebih dari kau yang tidak punya kaki untuk menandingi aku.
Aku tidak cakap kosong di sini, dan aku sungguh-sungguh tidak sanggup lagi membiarkan kau terpesong dengan dunia mu sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain yang telah sengaja kau lukai.
Kau akan taubat nasuha jika kau mengenali diriku dengan sepenuhnya.
Kau memang tidak sedar sekarang, mungkin sekejap lagi ataupun esok hari.
Bila mentari tiba lagi, kau bukan menjadi teman rapatku mahupun teman sekadar kenalan sahaja.
Aku tidak akan mengingati namamu walau dalam tidur ku sekalipun.

Aku harap kau akan sedar bahawa kau tidak cantik dan kau tidak akan cantik dengan semua kebabian tersebut. Semoga kau sedar.

Di sini aku letakkan beberapa keping gambarku supaya mata mu terbuka bahawa kau tidak akan dapat menandingiku. Hanya dengan barang-barang murah yang kau punya, kau jangan mahu berlagak depan aku. Kau tiada apa-apa.




semua di atas adalah hak milik aku dan semua nya tidak tertolok banding dengan kau yang cukup-cukup tidak cantik atas sebab kebabian mu.
sungguh, lebih banyak orang yang buruk berdasarkan muka lebih dari kau, tapi atas sebab mereka tidak menunjukkan kebabian mereka di depan aku, sedikit pun aku tidak merasa mereka buruk.
Aku pasti akan menghormati mereka-mereka jika mereka menghormati aku.
Harap maklum dan terima kasih.



Mr.Alex Lai

assalamualaikum..

hari ni mahu cerita pasal orang yang bernama seperti di atas :P
shhh , don't tell him!
ahaha !

actually he is my English teacher and I love him so much ! *hughug
At the first teda lah rasa sayang sama dia tu, rasanya dia annoy lah :P
JK okay? erm, at the first rasa geram sangat sama dia ne sebab masa dekat school canteen,
boleh-boleh dia kata bibir saya besar ? -.-
hello ! let me tell you okay ! bibir saya bukan BESAR, bibir saya SEKSI .
faham maksud saya sir ? bluek !

after that, masa tu kan masa rehat, lepas rehat class dia pula -.- err,
masa class tu dia ajar about how to write formal letter.
then, dia ada ask kat class, tarikh kat sebelah kanan atau kiri, so saya dengan semangat ne angkat tangan sebelah kanan and said "kanan sir! kanan kanan!"
then dengan muka dia yang meloyakan tu dia kata "ehh! jangan angkat tangan! ketiak tu basah!"
whole class laugh at me okey ?! -.- padahal perkara itu tidak benar sama sekali.
err, geram sampai sekarang dan tahun hadapan ! :P

tapi hari ni, ada class dia. Sedih ;( sebab dia pergi KL rupanya, sebab dia celebrate Chinese New Year kat sana. I mis him! saya mahu tengok muka dia bah tadi, semangat sudah semalam sebab harini ada BI.
hmm, nampaknya minggu depan punya minggu depan lah baru dapat jumpa balik.
Sebab minggu depan kan kita cuti Tahun Baru Cina. ehaaa !

kami kena bagi cuti selama seminggu dan saya akan travel to Tawau !!
Bulan dua di Tawau *dancing

akhir kata daripada saya, salam sayang buat semua dan Mr.Alex Lai yang hensem dan tinggi :D
assalamualaikum.



Thursday, January 31, 2013

Deleted my oooolllllldddddddd posts.

Pada 27 January lepas, saya sudah deleted kebanyakan post2 saya yang lama dan agak kebudak-budakkan dan bila baca pun saya sendiri malu.
Jadi saya padam semua and ada juga lah tinggal sikit2.
Tidak lupa juga posts yang berkaitan dengan EX2 saya yang lama.
Post yang tinggal sekarang hanyalah tentang saya yang sudah matang ni dan my other half baby Anas Musaiyar.

Setelah saya berfikir secara rasional, tiada gunanya saya ingin menyimpan segala2 nya itu -.-
hanya akan menyakitkan mata dan minda saya serta kalian bukan ? :P

Okay, just that and thanks.

The other latest story is about myself. The last two days ago, I got fever and I could not go to school.
I was got fever started on Monday, but that time I still go to school. After I back home, bahhh.. Disana lah yang saya lemah betul; sudah. Trus mengampai bah di rumah :P
And the day after, means Selasa lah, I didn't go to school and I just sleep at my home. Ohhh ~ indahnya dunia.
Masa saya demam memang terus pendiam ne baa, bukan juga apa. Tapi sakit betul ni tekak, malas juga mau becakap banyak, bahh jadi diam2 lah.
Masa petang hari Selasa tu my mom bawa pergi hospital then kena bagi ubat then balik rumah makan ubat. Then lepas makan ubat tu saya sleepy dan kejadiannya saya kurang terlayan sudah my baby Boo tu. Anduu bahh kesian baaa pula dia ne.
Tapi dia pun faham juga keadaan saya yang nazak bin darurat time tu. ahaha ! Ndaa baa

Rabu, saya sambung rutin saya yang tidur sepanjang hari tu. Hanya beberapa minit sahaja saya terjaga dari tidur untuk makan sedikit dan makan ubat then BBM sama baby Boo. LOL.

Dan hari ni Khamis, saya sudah mula pergi ke sekolah semula oleh kerana keadaan kesihatan yang mulai membaik.
Semoga tiada sakit2 lagi lepas ne yaa Farrah ~ parah tu kalau sakit teruusss.
Tahun ne PMR ! watch out !

Thats all for today, bye and thank you ! :*

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

assalamualaikum dan hai plus hola dan hello !

saya joined segmen ne.
salah satu syarat segmen ni, cerita apa2 jelah yg penting tajuk dia seperti yang di atas.
lol, taktahu nak cerita apa tiba2 teringat my baby Boo pula. Just story about him lah ? :P

baru2 ni kan saya ada post pasal broke up dengan Anas tu, haha ! tak sampai sejam saya post tu sudah kami couple balik :P
I don't know why, but that is what I wanted. I still love him and just so you know, its hard for me to live without him. lalalalala ~
sounds like gedik, but whatever !
I hope after this there is nomore nomore gaduh okay baby ?
saya sayang Anas Musaiyar sangat2. Takmau gaduh2 lg.

only that ;) ahah !

saya harap saya dapat menang dalam segmen ni and semoga follower saya akan bertambah :) terima kasih sebab buat segmen ne :D




Ini screenshot follower saya :P (sikit dan teramat kesian)


Jumlah follower terkini : 28

Thursday, January 17, 2013

Giveaway She's Cantik Online Shop




Like Fanpage ni!


Orang2 yang saya tag :

Ieyka Faeza
Sophie Yanna
Yana AJ
Yanie Andierah
Diana


saya join GA ni, harap2 korang pun sudilah join k? hehee ^.^

Friday, January 11, 2013

latihan sukan ~

hai semua ! Assalamualaikum dan salam Jummat.

Today I wanna share abou "Latihan Sukan".
Pada hari Rabu yg lepas, saya baru dapat tahu bahawa saya mewakili sekolah saya untuk ke peringkat daerah dalam sukan ? agak2 suka apa ? err, LP :) or fullname dia Lontar Peluru.
So pada petang tu, saya harus datang berlatih bermula pada jam 4.30 hingga jam 5.30 petang. sangat malas, tetapi datang jugak. entah kenapa saya bersemangat mahu menghadirkan diri dalam latihan tersebut.

sempat lagi ambik gambar kat bustop ne, [berdekatan kawasan padang] masa ne saya  malas nak ikut dorang lari. LOL
9 Januari baru saya mula menghadirkan diri, padahal latihan tersebut telah bermula 2 hari sebelum 9 Januari itu :P
saya memang malas mahu berlatih haritu, just so-so.
tapi Cikgu Gapal tidak marah pun :P heww , his real name is Ghaffar, but I call him Gapal. I love it more :*

gambar ni saya ambik masa kat dalam dewan. duduk sorang2 sebelum pergi ke astaka :P
 kemarin , 10 Januari pun saya tetap menghadirkan diri ke latihan tersebut. Tapi sayangnya kemarin hujan, masa kat rumah tidak hujan pun, sekali time2 naik bukit mahu sampai sch sudah tu baru lah dia hujan ne. padahal cikgu ada pesan supaya tak payah datang latihan kalau hari hujan, cikgu pun hairan juga sebab masih ramai yang datang latihan walaupun hujan. cikgu kata kami rajinn XD namun begitu kami tetap berlari2 turun dan naik tangga kat astaka tu.

so, pada hari ni tiada latihan kerana budak2 asrama balik kampung. so atlet2 yang tinggal di asrama akan pulang dan latihan tidak dijalankan :P so, ini lah masanya saya nak blogging. walaupun kejap je :(
okay, sekian tuk hari ne, byeee all :*

New Year Giveaway by FY & NEB


hey ! assalamualaikum semua, saya join segmen ne :D mana lah tahu saya ada nasib nak menang , tak berharap sangatlah, sebab saya cuma suka-suki je join ne :) lol, tapi kamu semua tetap harus mendoakan saya supaya saya menang k ? harap2 lah ~ amin.

hai ! saya dah buat semua syarat2 yang awak tetapkan, penat . uhhh ~ just kidding k ?
saya harap awak bagi saya menang lah ! :P

orang yang saya tag :

Ieyka Faeza
Sophie Yanna
Farrah Ain
Sakura Fara
Yanie Andierah

Friday, January 4, 2013

sharing is caring ~

     Bercinta dengan seseorang yg mencintai diri kita sepenuh hati adalah sangat indah bagi kita kan? bagi saya, ia perkara yg amat2 menggembirakan hati jiwa dan minda.
Bercinta itu memang perkara yang terindah, tetapi bercinta itu tidak indah bagi semua orang yang masih ragu dan malu untuk bercinta.
     Cinta aku, hanya untuk dia. Hamba Allah yang sangat bertuah maybe, haha ! Sangat bertuah sbb memiliki diri ku yang kini hangat dan menjadi rebutan. kononnya ~
     Bukan tidak pernah aku menceritakan tentang dia, dia yang selalu menyinari hari2 ku yang mungkin akan sepi tanpanya di sisi.

Sekali lagi aku sudah terjatuh, benar2 terjatuh dalam permainan cintamu sayang. Cintamu sangat kuat sehingga dapat menarikku masuk kedalam gaung ini. Gaung yang dipenuhi dengan cinta mu. Cintamu terhadapku. Aku amat2 bersyukur kerana memiliki dirimu yg sangat mencintai ku. Tidak terkata bila kau tetap bersamaku walau banyak rintangan dan halangan yang telah kau kecapi. Hingga hari ini, kau masih kekal berdiri. Untuk mencintai ku, untuk tetap menyayangi ku. Aku bukan bodoh, aku tahu. Aku faham bagaimana besarnya cintamu terhadap ku, aku dapat rasakannya.

       Cuma aku yang terlalu bodoh kerana selalu saja tidak menghargai mu, tidak memahami mu dan tidak menjaga hati mu. Aku sangat2 bertuah, akulah manusia yang teramat bertuah kerana dapat bertemu dengan orang seperti mu, sayang~
Aku tidak akan meninggalkan mu. Aku akan tetap bersama mu sepanjang hayat hidupku.

Aku juga berdoa semoga Allah akan selalu meredhai cinta ini. Semoga Allah menjaga kita. Dan semoga Allah menjaga kita dari terhasut bisikan2 syaitan. Aku cinta padamu.

Thursday, January 3, 2013

Segmen : Azam Baru Saya





Adakah azam pada tahun lalu sudah dicapai oleh anda?
- belum ada rezeki lagi, azam tu belum tercapai

Apa dia azam tersebut?
-ingin memanjangkan rambut :)

Apa LIMA azam yang ingin anda capai pada tahun ini pula?
-ingin menurunkan berat badan, saya ingin mencapai berat badan 45kg kebawah.
-ingin memanjangkan rambut
-ingin menambahkan follower blog saya :)
-ingin membeli phone baru
-ingin mendapat keputusan yg cemerlang dalam PMR , keno :P

Kenapa anda memilih azam tersebut?
-suka hati saya :P

Orang yang saya tag:

saya join segman awak and saya sudah buat semua syarat2 awak :) 

Wednesday, January 2, 2013

Beli baju kat Loud Mirrors Closet :)

saya ada beli baju, best. beli baju kat sini ---> Loud Mirrors Closet and dia punya owner seorang blogger jugak ! sangat cantik dan menawan :) saya harap dapat kawan rapat2 dengan dia :) kalau anda nak beli baju, boleh lah klik kan link Loud mirrors Closet tu :) kalau nak tengok blog dia, tekan sini  ---> Farrah Ain
thats all and thanks :)

kalau sudi tolong follow ;)

Sophie Yanna