follow me ;) xx

Friday, January 4, 2013

sharing is caring ~

     Bercinta dengan seseorang yg mencintai diri kita sepenuh hati adalah sangat indah bagi kita kan? bagi saya, ia perkara yg amat2 menggembirakan hati jiwa dan minda.
Bercinta itu memang perkara yang terindah, tetapi bercinta itu tidak indah bagi semua orang yang masih ragu dan malu untuk bercinta.
     Cinta aku, hanya untuk dia. Hamba Allah yang sangat bertuah maybe, haha ! Sangat bertuah sbb memiliki diri ku yang kini hangat dan menjadi rebutan. kononnya ~
     Bukan tidak pernah aku menceritakan tentang dia, dia yang selalu menyinari hari2 ku yang mungkin akan sepi tanpanya di sisi.

Sekali lagi aku sudah terjatuh, benar2 terjatuh dalam permainan cintamu sayang. Cintamu sangat kuat sehingga dapat menarikku masuk kedalam gaung ini. Gaung yang dipenuhi dengan cinta mu. Cintamu terhadapku. Aku amat2 bersyukur kerana memiliki dirimu yg sangat mencintai ku. Tidak terkata bila kau tetap bersamaku walau banyak rintangan dan halangan yang telah kau kecapi. Hingga hari ini, kau masih kekal berdiri. Untuk mencintai ku, untuk tetap menyayangi ku. Aku bukan bodoh, aku tahu. Aku faham bagaimana besarnya cintamu terhadap ku, aku dapat rasakannya.

       Cuma aku yang terlalu bodoh kerana selalu saja tidak menghargai mu, tidak memahami mu dan tidak menjaga hati mu. Aku sangat2 bertuah, akulah manusia yang teramat bertuah kerana dapat bertemu dengan orang seperti mu, sayang~
Aku tidak akan meninggalkan mu. Aku akan tetap bersama mu sepanjang hayat hidupku.

Aku juga berdoa semoga Allah akan selalu meredhai cinta ini. Semoga Allah menjaga kita. Dan semoga Allah menjaga kita dari terhasut bisikan2 syaitan. Aku cinta padamu.

No comments:

Post a Comment