follow me ;) xx

Wednesday, December 26, 2012

Segmen : Aku Nak BW Dan Follow Blog Korang !



assalamualaikum w.b.t 
tiba2 seja saya mau ikut segmen2 ne, this la first segmen yang saya ikut ne keno :P



saya dah buat syarat2 yang di suruh.
just that, thanks :*

Monday, December 24, 2012

akan datang ~

tidak lama lama, akan datang laa episod baharu dalam kehidupan kita sekalian. yang tua bertambah tua, yg dewasa semakin matang, yg kanak2 pula semakin dewasa.Masa ini amat berharga bagi kita.Umur kita meningkat dan semakin dewasa.Semakin kita dewasa, semakin kita banyak pengalaman, seperti saya :) konon nyaa~

tidak lama lagi, saya akan mendatangkan diri ke Kota kinabalu semula kerana seperti yang anda sedia maklum, masa persekolahan belum pun bermula dan saya ingin mengambil kesempatam ini untuk memberi ruang kepada seseorang yg amat saya cintai untuk bersama saya selagi saya masih bernafas.

tahun depan ialah tahun 2013, apabila saya berbicara tentang tahun depan, pada masa ini mungkin saya juga boleh menyebutnya bulan depan :) kerana kita sudah pun berada di pertengahan berdekatan dengan penghujung December.

Oleh yang demikian, sebelum berakhirnya tahun 2012, saya dengan rendah hati dalam keadaan yang waras ingin memohon maaf kepada semua yg pernah saya lukai, sakiti dan caci maki :P itu pun kalau ada~ ehaa ! saya juga ingin mendoakan kebahagiaan yg abadi untuk semua pembaca blog saya. itu pun kalau ada jugaa~ lol !

Jangan lupa untuk menantikan kemunculan saya di Kota Kinabalu nanti.

  Sekian dan assalamualaikum serta salam sejahtera bahagia aman sentosa.

Monday, December 17, 2012

tiada apa2

               I have nothing babe, I have nothing~
lol, okay. hari ni saya tidak mempunyai apa2 cerita yang menarik untuk dikongsi. Tapi sekarang saya sudah pulang ke tanah air saya yang sangat buruk buruk buruk plus extra buruk. haha! saya tidak peduli okay, saya mempunyai banyak masalah apabila berada di rumah yang terletak di Kuala penyu ini dan saya sangat benci! sekian.

Tuesday, December 11, 2012

.....

saya masih tidak faham dan takkan faham apa yang sedang berlaku dalam hidup saya sekarang ini. kawan, kekasih, keluarga, dan segala-galanya seperti tidak menentu.

Saya selalu mendapat kawan baru namun kawan itu akan meninggalkan saya dan menghilangkan diri, mereka seperti bersembunyi dari saya. Seperti saya telah membuat kesalahan yang teramatlah besar kepada mereka sehinggakan mereka tidak boleh dan tidak akan dapat memaafkan saya dari suatu kesalahan itu. Kebanyakam kawan yang telah menghilangkan diri daripada saya ialah tergolong daripada kaum Adam. Mungkinkah kerana saya banyak menyusahkan mereka? tapi saya cuma ingin tahu mengapa mereka buat saya begini, meninggalkan saya tanpa khabar berita, apa salah saya? seberapa besarkah kesalahan saya terhadap mereka sehingga mereka melarikan diri dari saya?

begitu juga dengan orang yang pernah bermain cinta dengan saya dan juga yang sedang bermain cinta dengan saya, Anas. Amat2 membingungkan apabila bekas kekasih saya akan selalu menyatakan bahawa mereka sangat mencintai saya, jika mereka mencintai saya, kenapa dengan mudahnya mereka melepaskan saya dulu? saya tidak faham dengan sifat dan cara berfikir lelaki. Saya takkan faham lelaki, dan saya tahu kebanyakkan lelaki memang tidak mudah memahami saya.

Seperti Anas, iaitu teman lelaki saya sekarang. Dia tidak dapat memahami diri saya, sudah berulang kali kami bergaduh hanya kerana beberapa kesalahan yang telah saya lakukan tanpa di sengajakan ! sedangkan dia telah berulang kali menyakiti saya tanpa rasa bersalah. Dengan mudahnya saya memaafkan kesalahannya yang begitu besar bagi semua orang yang sedang bercinta, tanpa mengungkit tentangnya lagi. Tapi saya akan selalu terpaksa untuk mengungkit kesalahannya itu jika dia selalu tidak dapat memaafkan kesalahan saya yang kecil. Saya rasa semua orang tidak faham mengapa saya sangat mudah untuk memaafkan seseorang yang telah banyak menyakiti saya sedangkan itulah perkara yang paling sukar bagi semua orang. Diri saya, biarlah saya saja yang memahaminya. Dan saya berharap, dalam masa dia belajar untuk memahami diri saya ini, dia akan diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T insyaallah :)

Sampai disini saja yang ingin saya luahkan kepada anda yang sudi membaca. Hal keluarga memang saya tidak akan persoalkan di blog ini. Sekian dan terima kasih :)

Friday, December 7, 2012

saya percaya takdir Allah


Tiada siapa yang faham perasaan aku, perangai aku dan apa2 pun tentang aku. Sebab aku kata diri aku ni ‘senang didekati, mudah dimiliki, sukar ditakhluki dan payah difahami’. Kalau sesiapa yang sudah lama kenal aku pun maybe akan sokong apa yang aku kata ni, sebab diri aku ne mcm ada banyak personaliti, boleh berubah2 sikap, kadang2 aku pun tension jugak, tapi apa kan daya. Aku tetap aku, siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan perempuan2 awesome diluar sana, yang berpakaian sexy, punya segalanya. Tapi aku tetap bangga, lahir di keluarga yang sederhana, tapi aku hampir2 miliki segalanya. 
Kita tidak perlukan cinta sebenarnya, aku merasa begitu. Tapi banyak yang menyatakan bahawa hidup ini perlukan cinta, tapi bagi aku tidak. Kita juga boleh hidup hanya berlandaskan al-Quran dan hadis. Itu jika kita bercakap tentang agama, jika tentang diri kita pula kita boleh kata yang kita boleh hidup dengan keyakinan dan kasih sayang sesama insan, cinta itu hanya bonus dalam kehidupan. Cinta antara dua insan itu lah, lain pula jika kita kata cinta pada Allah dan Rasul. Itu wajib! Kita mestilah cintakan Tuhan kita dan juga Rasul kita, tanpa Tuhan hidup kita pasti kosong. Nabi Muhammad SAW pula pesuruh Allah, pastinya kita harus ada rasa cinta pada beliau. Kerana kita semua yang di bumi ini adalah hamba Allah SWT dan juga umat Nabi Muhammad SAW. Aku bukanlah hebat atau fasih soal agama, jujur aku katakan aku juga seorang yang jahil tentang agama. Tapi aku tahu, yang jahil akan ke neraka, yang soleh akan ke syurga. Begitulah juga kehidupan kita di dunia, yang rajin akan berjaya, yang malas akan kecewa.  Semua insan berhak merasa bahagia, tapi bahagia takkan tiba jika kita tidak berusaha mendapatkannya. Bukan untuk kebahagiaan dunia sahaja, kita juga harus bersedia banyak untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat sana J jadi saya doakan anda semua akan terus diberkati oleh Allah SWT, teruskan lah hidup. Jangan terlalu memikirkan cinta, sampai2 sanggup untuk membunuh diri. Bagi saya, cinta jangan di nanti. Ia akan datang sendiri, kerana Allah SWT telah menetapkan jodoh buat kita semua. Saya percaya takdir Allah J sekian dan assalamualaikum.

Anas ;)


Mungkin bukan kau yang pertama, kerana aku sudah banyak kali bercinta. Namun mengenal mu adalah perkara yang terindah bagiku, tak pernah ku bayangkan kau akan jadi milikku. Walaupun banyak yang menyatakan bahawa kau menduakan ku, tetapi aku tidak peduli soal itu walaupun aku juga sedia maklum bahawa kau juga curang di belakangku. Aku sedar siapa diriku, aku tiada hak untuk menghalang mu. Walaupun sering kali kau katakan bahawa aku tidak mencintaimu, namun aku juga tidak mahu kau faham. Biarlah aku sahaja yang tahu bagaimana sayang dan cintanya aku terhadapmu. Memang aku kelihatan tidak kisah, namun biarlah itu menjadi rahsia ku dan Allah. Sejujurnya memang aku belum menyintaimu sepenuhnya, kau masih ku anggap seperti teman tapi mesra, tetapi aku tidak sampai hati ingin memberitahumu. Aku mahu kau bahagia bila bersama aku, aku tidak mahu orang yang menyayangiku berasa derita. Kerana itulah satu-satunya perkara yang paling aku tidak ingini di dalam kehidupanku. Meski pun aku rimas kadang2, namun aku harus membahagiakanmu selagi kau masih bersama aku. Aku akan pastikan tiada rasa kecewa dihatimu jika kita tidak ditakdirkan bersama. Aku tahu betapa sayangnya kau padaku, aku tahu kau tidak menipu. Aku dapat rasakannya. Biarpun kau curang, aku sungguh2 tidak peduli tentang itu, sesetengah perempuan pasti akan mengamuk atau sedih dan kecewa, tetapi aku tidak. Mungkin semua orang akan kata aku ni tidak mempunyai perasaan terhadap mu, tetapi biarlah rahsia. Mungkin suatu hari nanti pasti ada seorang insan akan mengerti mengapa aku berbuat begitu. Pasti.


Sunday, December 2, 2012

suatu hari nanti ~

suatu hari nanti, kau pasti akan mengerti. betapa besar cinta ku, jangan kau ragu. wajah mu, menhiasi mimpi malam ku. di kala rindu, ku tatap indah gambar mu. kau, pemilik hatiku, takkan berubah, jangan pernah kau ragu. semalam kau tuduh aku selingkuh, sakit nya peritnya Tuhan saja yang tahu. hanya satu yang ku pinta darimu, kau sedari lah suatu hari nanti bahawa aku bukan seperti yang lain. aku takkan selingkuh, takkan melukakanmu, takkan meninggalkan mu. sehhhh ~ mcm lirik lagu kumpulan Radja plak ! *tutup muka*

okay, enough with that okay ? :) saja jer, ayat pujangga untuk permulaan cerita. lamanya saya tak update blog saya kan ? busy sangat2 awww, takda masa nak online ke ape ! aku bukannya macam kamu yang suka buang masa berjam-jam sampai jammed dekat depan lappy ka ipad ka apa . errrrr, agak bertrep ayat saya itu :P apa apa pun terima kasih banyak2 yang tak terkira banyak nya kepada kamu semua kerana masih sudi BW kat blog saya yang tak seberapa indah ne :( dan kekurangan follower, saya pun tak tahu mcm mana caranya untuk gain follower yang banyak, tidak perlulah yg banyak, asalkan seratus keatas okay lah :P saya baru guna twitter beberapa bulan cepat je follower naik, tapi blog saya ne sudah dekat 4 tahun! follower pula 4 orang -.- that were so sad babe :'(
tapi takpa, saya akan selalu bersabar dan akan terus berusaha semaksima mungkin untuk mendapatkan follower. sedih rasanya awww, takda follower ne :(

okay, mahu cerita mcm mana hari hari saya selama saya tiada update blog ne, saya selalunya berkerja dan membuang masa dengan cara keluar berjalan-jalan di bandaraya Kota Kinabalu bersama kawan-kawan atau pun sepupu saya atau pun bf saya :P ehaaa ! jangan lah jealous, haha ! ehhh, tapi kalau tidak silap saya saya sudah cerita pasal saya dah lama tak update blog kan ? -.- errrrr, malas lah mahu delete balik, teruskan menaip :P
tapi saya sangat sangat ingin memohan maaf kerana sampai di sini sajalah untuk hari ini okay ? byeee :D