follow me ;) xx

Friday, December 7, 2012

Anas ;)


Mungkin bukan kau yang pertama, kerana aku sudah banyak kali bercinta. Namun mengenal mu adalah perkara yang terindah bagiku, tak pernah ku bayangkan kau akan jadi milikku. Walaupun banyak yang menyatakan bahawa kau menduakan ku, tetapi aku tidak peduli soal itu walaupun aku juga sedia maklum bahawa kau juga curang di belakangku. Aku sedar siapa diriku, aku tiada hak untuk menghalang mu. Walaupun sering kali kau katakan bahawa aku tidak mencintaimu, namun aku juga tidak mahu kau faham. Biarlah aku sahaja yang tahu bagaimana sayang dan cintanya aku terhadapmu. Memang aku kelihatan tidak kisah, namun biarlah itu menjadi rahsia ku dan Allah. Sejujurnya memang aku belum menyintaimu sepenuhnya, kau masih ku anggap seperti teman tapi mesra, tetapi aku tidak sampai hati ingin memberitahumu. Aku mahu kau bahagia bila bersama aku, aku tidak mahu orang yang menyayangiku berasa derita. Kerana itulah satu-satunya perkara yang paling aku tidak ingini di dalam kehidupanku. Meski pun aku rimas kadang2, namun aku harus membahagiakanmu selagi kau masih bersama aku. Aku akan pastikan tiada rasa kecewa dihatimu jika kita tidak ditakdirkan bersama. Aku tahu betapa sayangnya kau padaku, aku tahu kau tidak menipu. Aku dapat rasakannya. Biarpun kau curang, aku sungguh2 tidak peduli tentang itu, sesetengah perempuan pasti akan mengamuk atau sedih dan kecewa, tetapi aku tidak. Mungkin semua orang akan kata aku ni tidak mempunyai perasaan terhadap mu, tetapi biarlah rahsia. Mungkin suatu hari nanti pasti ada seorang insan akan mengerti mengapa aku berbuat begitu. Pasti.


No comments:

Post a Comment