follow me ;) xx

Tuesday, December 11, 2012

.....

saya masih tidak faham dan takkan faham apa yang sedang berlaku dalam hidup saya sekarang ini. kawan, kekasih, keluarga, dan segala-galanya seperti tidak menentu.

Saya selalu mendapat kawan baru namun kawan itu akan meninggalkan saya dan menghilangkan diri, mereka seperti bersembunyi dari saya. Seperti saya telah membuat kesalahan yang teramatlah besar kepada mereka sehinggakan mereka tidak boleh dan tidak akan dapat memaafkan saya dari suatu kesalahan itu. Kebanyakam kawan yang telah menghilangkan diri daripada saya ialah tergolong daripada kaum Adam. Mungkinkah kerana saya banyak menyusahkan mereka? tapi saya cuma ingin tahu mengapa mereka buat saya begini, meninggalkan saya tanpa khabar berita, apa salah saya? seberapa besarkah kesalahan saya terhadap mereka sehingga mereka melarikan diri dari saya?

begitu juga dengan orang yang pernah bermain cinta dengan saya dan juga yang sedang bermain cinta dengan saya, Anas. Amat2 membingungkan apabila bekas kekasih saya akan selalu menyatakan bahawa mereka sangat mencintai saya, jika mereka mencintai saya, kenapa dengan mudahnya mereka melepaskan saya dulu? saya tidak faham dengan sifat dan cara berfikir lelaki. Saya takkan faham lelaki, dan saya tahu kebanyakkan lelaki memang tidak mudah memahami saya.

Seperti Anas, iaitu teman lelaki saya sekarang. Dia tidak dapat memahami diri saya, sudah berulang kali kami bergaduh hanya kerana beberapa kesalahan yang telah saya lakukan tanpa di sengajakan ! sedangkan dia telah berulang kali menyakiti saya tanpa rasa bersalah. Dengan mudahnya saya memaafkan kesalahannya yang begitu besar bagi semua orang yang sedang bercinta, tanpa mengungkit tentangnya lagi. Tapi saya akan selalu terpaksa untuk mengungkit kesalahannya itu jika dia selalu tidak dapat memaafkan kesalahan saya yang kecil. Saya rasa semua orang tidak faham mengapa saya sangat mudah untuk memaafkan seseorang yang telah banyak menyakiti saya sedangkan itulah perkara yang paling sukar bagi semua orang. Diri saya, biarlah saya saja yang memahaminya. Dan saya berharap, dalam masa dia belajar untuk memahami diri saya ini, dia akan diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T insyaallah :)

Sampai disini saja yang ingin saya luahkan kepada anda yang sudi membaca. Hal keluarga memang saya tidak akan persoalkan di blog ini. Sekian dan terima kasih :)

No comments:

Post a Comment