follow me ;) xx

Thursday, March 28, 2013

KK ;)

hai assalamualaikum semua.
nama saya Fara, dan sekarang saya berada di Kota kinabalu or nama popularrrr nya KK :D
Kemarin saya sampai kat sini naik train dari Beaufort. Dari Kuala Penyu saya naik bas pula. begitu rajinnya saya kan? tepuk lah tangan tu :3

Kemarin masa sampai seja kat stesen kereta api Putatan, masa dah keluar dari train tu kan, tiba-tiba saya nampak duit RM50 jatuh tau, dari orang yang jalan kat depan saya. Saya pun pungut duit tu then bagi kat dia. Dia ambil, lepastu dia kata "Thanks". But, lepastu dia tunjuk duit tu kat kawan dia and cakap blablabla. Saya terdengar sounds like dia kata bukan duit dia. Err, menyesal bagi. Terlalu jujur lah pulak!

Lepas tu kan, saya dah nampak dah my boo duduk kat kerusi tunggu kedatangan cinderella nya ni, cinderella lah sangat kan! terus saya pun pergi ke arah dia. Mula-mula tu, sebelum saya sampai kat stesen kami on call. Tapi kononnya kami mahu saling mencari-cari bila sampai sana. Dia kata dia mahu menyorok. Tak jugak, dok tepacak seja kat depan-depan muka saya. Agak mintapuji gaya dia.
Lepas tu pula, saya ada cerita juga dengan dia pasal duit tu, tahu apa dia kata dengan saya ? "buduuuu"
thats all, takpe. boyfriend saya ni memang lah tersangat sweet kan!

Terus kami pun berangkat menuju ke bandar KK lepas tu. Kami pergi CP atau nama penuh dia Centre Point Shopping Mall. kat dalam CP, kedai first yang kami tuju is KFC restaurant sebab saya kata dengan dia memang saya tersangat lah lapar tika itu. huuuuu
Kami order dua set Colonel Chicken Rice and boyfriend saya minum Revive saya pula Pepsi sahaja. Budak yang kat kaunter masa tu, yang layan kami tu kalau tak silap saya perempuan. Tak bertudung.
Lepas bayar makanan tu, kami pun pergi cari tempat duduk. Masa tu punya lah ramai kan, nasib baik KFC kat CP ne dah renovate tahun lepas. Luas dan lebih banyak tempat. Masa makan tu punya lah saya tebaruss,  ya lah, terlampau lapar ni kan. haha XD

Lepastu, kami pergi jalan-jalan lagi round CP. Lepas tu kami pergi beli ice cream, then lepas tu lagi kami pergi tempat main pool. Tapi masa tu pool banyak orang. Malas pula saya nak main. Lepas tu kami pergi karaoke, lepas tu jalan lagi. Lepas tu dalam kira-kira jam 4 kami terserempak pula dengan kawan boyfriend saya iaitu Eben. Eben dengan girlfriend dia. Lepastu masa kami nak keluar, terserampak lagi dengan Eben. Masa tu Eben dengan kawan-kawan dia nak pergi Tg.Aru. Dorang pun bawa kami pergi, masa tu pula kan tiba-tiba seja bf kesayangan saya ni merajuk entah kenapa. Then, kami pergi lah kat Tg.Aru. Masa kat sana dia masih kurang bercakap dengan saya dan lama-lama saya pun fed up mahu pujuk dia saya pun berlalu pergi berjalan perlahan-lahan dan dia pun kejar saya dari belakang. Masa tu dia tahu saya pula yang nak merajuk. Dia nak halang saya dari jalan, saya takmahu layan dia. Haha, lepastu pula dia pujuk-pujuk saya sampai saya senyum semula. Kami pun pergi duduk kat tempat lain yang tiada kawan dia tu. Tapi kemarin memang ramai orang lah kat situ. hmph,best nya tengok dorang camping dengan family.

Lepas puas ambik gambar guna phone bf saya, kami pun pergi balik ke Putatan. Sebab masa tu memang sudah hampir maghrib. Dia hantar saya ke rumah sepupu saya dan dia pergi balik kerja. END .

Thursday, March 21, 2013

Tidak bertajuk.

entry kali ini saya tidak mahu letak title and biarlah kamu suspend mahu baca sampai hujung kaki punya entry ni ;) kono

Tidak dinamakan manusia jika tidak punya kekurangan, tidak dinamakan hidup jika tiada dugaan. Tidak dinamakan cinta jika hanya dijadikan mainan.

Pada hari ini, semua yang aku lakukan aku kesali sekali. Kerana apa yang telah aku lakukan, tidak dapat ku betulkan kembali. Segala kejahatan dan kemungkaran sentiasa melingkari diri, kini aku terdiam sepi, sepi tanpa apa-apa yang boleh dibanggakan lagi.
Tanpa aku sedari, kini aku berusia 15 tahun, peristiwa yang telah meragut segalanya itu telah semakin hari semakin pergi. Saat ingin dihilangkan, ia masih tetap kembali. Menemani di malam sepi sehingga airmata mengalir ke pipi. Apa yang dapat aku sesali kini, tiada guna tiada dapat tertolong lagi. Kini semuanya musnah tanpa ia di dalam diri. Seorang perempuan seperti aku, memang tidak layak untuk dihormati lagi.
Sedangkan sebelum ini aku lah yang paling membangga diri, dan hingga kini di depan semua aku masih kekal begini. Sampai bila? Sampai aku mati?
Tidak, aku tidak boleh membiarkan diri ku terus terbuai mimpi, membawa diri semakin mendekati neraka yang bahawanya untuk orang-orang yang senantiasa melakukan kemungkaran dan dosa semasa hidup lagi. Sampai bila pula aku harus mengikut jejak mereka? Sampai bila pula aku kekal ketawa membawa dosa ke sana ke mari sehingga setiap mata yang memandang seakan membenci diri ini.

Oh, wahai insan yang masih berpijak di bumi Allah ini, bangkitlah kamu menentang dan teruslah kamu mara untuk berkejar-kejaran ke arah kebaikan. Dan berlarilah kamu berebut syurga Allah yang hakiki keran sesungguhnya tiada yang abadi di dunia ini. Insyaallah.

Upset

a little upset because saya telah digugurkan dari menjadi pemain bola baling :P upset lah sangat kan.
Actually tidaklah sebab saya memang berharap sangat kerana jika saya masih mengikuti bola baling tu, mesti kena suruh pergi latihan time cuti ni. So, I thank to God sebab masih beri saya kesempatan untuk menikmati cuti saya bersama yang bernama cinta hati :P

Semua pun tahu right our school holiday pun on the corner dah?  and saya memang hoping saya dapat pergi KK then jumpa dia. huhuk. Secara jujur belum ada bajet lagi nak pergi ni, tapi kamu kamu doa kanlah semoga saya diturunkan duit dan bantuan kewangan :) haha.

Saya harap kepada semua pelajar2 yang akan bercuti satu hari lagi, kamu semua akan manfaatkan cuti tersebut dengan berfaedah dan jangan lupa untuk siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu nanti. especially pada kamu kamu calon PMR and SPM.

Teringat pula pasal budak SPM, saya pun tidak tahu apa keputusan SPM sekolah kami pada tahun ini. Tapi mengikut apa yang cikgu Diana kata tadi, the best result pun 4A+. Apa-apa pun tahniah kepada semua kakak-kakak dan abang-abang yang telah berjuang habis-habisan untuk SPM tahun lepas. Pada SPM candidates tahun ni pula, including my sister lah good luck and do the best.

Tidak lupa juga ucapan good luck kepada PMR candidates tahun ni including me and my other friends. I hope we all can do the best and improve our school's name to be the best school in Kuala Penyu, Sabah and Malaysia. Who read my blog will know this and I pray for all of you, good luck !

Wednesday, March 20, 2013

Tidak bersungguh-sungguh

assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini :P (kalau ada yang baca)

saya hari ini mahu bercerita tentang latihan handball yg tidak saya lakukan betul-betul kerana saya hanya berlatih mengikut kemahuan dan kehendak diri sendiri. Cikgu Ghaffar sdh sedia maklum dengan perangai saya dan dia sedikit pun tidak memarahi saya yg teramat dia sayangi ini (poyo)
tugas saya sebagai penjaga gol juga telah saya serahkan sepenuhnya kepada kakak senior saya Mumtaz.
Tambah2 lagi saya sudah pun menawarkan diri kepada Cikgu Ghaffar untuk menjadi reserve sahaja ;)
Awesome kan saya? haha, memang agak poyo.
okay dan lagi satu, saya ingin memberitahu bahawa saya memang agak tidak suka apabila orang sangat2 berlagak dan mintapuji di depan saya. saya benci.

Friday, March 15, 2013

Rezeki saya ;)

alhamdulillah, kemarin petang saya telah mengikuti selection for netball dan bola baling dan saya terpilih untuk kedua-duanya. Pada hari ini pula, sekolah kami mempunyai perlawanan persahabatan bola jaring dengan SMK Menumbok untuk memilih sesiapa dari sekolah kami untuk ke peringkat zon. Malangnya hanya beberapa orang sahaja yang terpilih dan saya semestinya tidak ;)

Untuk bola baling pula saya diberi mandat untuk menjadi penjaga gol. HAHA, memang tidak asing bagi saya kerana sejak di sekolah rendah lagi saya menjadi pemain bola baling dan akan setia menjadi penjaga gol.
Tetapi semua orang harus sedar bahawa tugas penjaga gol ni memang susah sebab tanggungjawab dia besar tau nak jaga pintu gol tu. Dan saya berjanji akan buat yang terbaik! Wish me luck you all, thanks!

Mahu cerita pula tentang seseorang yang selalu membuat saya tersenyum sendiri ni, saya rasa kawan saya yang baca blog saya pun tahu siapa yang saya maksudnya. Dia tidak pernah gagal untuk membuat saya tersenyum dan angau. Panggilan 'Bibir' yang dia bagi kat saya memang sudah melekat dan saya dapat rasa dia akan panggil saya dengan nama itu sampai bila-bila :P
Saya tahu dia dengan saya memang jauh jarak umur, tapi jika diberi kesempatan dan peluang, saya sangat berharap dapat jadi adik dia or whatever :P

-POYO-

Wednesday, March 13, 2013

Ujian Tamat!

assalamualaikum semua. Hari ini iaitu hari Rabu bersamaan dengan 13 March 2013 tamat lah sudah ujian setara untuk kami budak-budak PMR :D alhamdulillah syukur yang amat-amat saya ucapkan kerana ianya berjalan dengan lancar dan sempurna. Akhirnya, saya boleh menjawab soalan-soalan ujian yang sangat mudah saya rasa ya? :P

Dan lepastu akan di nanti pula keputusannya. macam mana nanti erk? bagus atau tidak tu?
Hopefully okay lah, takmau lah buruk sangat.
Tapi yang paling penting adalah, tidak lama lagi saya akan menuju ke syurga dunia saya iaitu Kota Kinabalu. Kerana saya sudah plan awal-awal dengan my Mr.Milo untuk celebrate birthday saya. Tetapi awal sikit lah sebab masa nirthday saya tu hari Selasa. Susah sikit sebab saya kan sekolah, lagipun Mr.Milo kat KK. Macam mana? so terpaksa lah sambut awal walaupun saya tak suka celebrate birthday saya bukan pada tarikhnya. Apa-apa pun sekarang saya memang dah bahagia sangat-sangat sebab masih ada orang yang sayang kat saya ni. alhamdulillah

Friday, March 1, 2013

kalau aku bukan aku.

kalau lah aku tidak dilahirkan sebagai aku sekarang, korang rasa apa yang aku akan jadi?
kalau lah aku berhak untuk memilih aku akan dilahirkan sebagai apa, korang rasa apa yang aku akan pilih?
Dan jika sekiranya aku mesti menjadi diri aku sekarang, apa yang akan terjadi pada aku di masa hadapan?
same goes to you, you must think as how me think. You must be think what you gonna be in the future.
Jangan sia2 kan masa muda anda kawangg ;)