follow me ;) xx

Thursday, March 21, 2013

Tidak bertajuk.

entry kali ini saya tidak mahu letak title and biarlah kamu suspend mahu baca sampai hujung kaki punya entry ni ;) kono

Tidak dinamakan manusia jika tidak punya kekurangan, tidak dinamakan hidup jika tiada dugaan. Tidak dinamakan cinta jika hanya dijadikan mainan.

Pada hari ini, semua yang aku lakukan aku kesali sekali. Kerana apa yang telah aku lakukan, tidak dapat ku betulkan kembali. Segala kejahatan dan kemungkaran sentiasa melingkari diri, kini aku terdiam sepi, sepi tanpa apa-apa yang boleh dibanggakan lagi.
Tanpa aku sedari, kini aku berusia 15 tahun, peristiwa yang telah meragut segalanya itu telah semakin hari semakin pergi. Saat ingin dihilangkan, ia masih tetap kembali. Menemani di malam sepi sehingga airmata mengalir ke pipi. Apa yang dapat aku sesali kini, tiada guna tiada dapat tertolong lagi. Kini semuanya musnah tanpa ia di dalam diri. Seorang perempuan seperti aku, memang tidak layak untuk dihormati lagi.
Sedangkan sebelum ini aku lah yang paling membangga diri, dan hingga kini di depan semua aku masih kekal begini. Sampai bila? Sampai aku mati?
Tidak, aku tidak boleh membiarkan diri ku terus terbuai mimpi, membawa diri semakin mendekati neraka yang bahawanya untuk orang-orang yang senantiasa melakukan kemungkaran dan dosa semasa hidup lagi. Sampai bila pula aku harus mengikut jejak mereka? Sampai bila pula aku kekal ketawa membawa dosa ke sana ke mari sehingga setiap mata yang memandang seakan membenci diri ini.

Oh, wahai insan yang masih berpijak di bumi Allah ini, bangkitlah kamu menentang dan teruslah kamu mara untuk berkejar-kejaran ke arah kebaikan. Dan berlarilah kamu berebut syurga Allah yang hakiki keran sesungguhnya tiada yang abadi di dunia ini. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment