follow me ;) xx

Friday, July 5, 2013

saya rindukan dia :')

hai, assalamualaikum ;) apa khabar semua? saya harap anda semua dalam keadaan yang baik ya. hee, hari ini pada hari yang mulia ini iaitu penghulu kepada semua hari, Hari Jumaat, saya ingin mendoakan agar anda semua dalam keadaan yang sihat walafiat, di jauhi dari api neraka dan sentiasa di lindungi Allah SWT. Dalam kita menanti satu bulan yang penuh dengan kerahmatan-Nya, kita masih leka dan lalai dalam mengingatkan diri kepada Allah SWT. Pencipta kita, Tuhan kita dan nyawa kita. Dia iaitu Allah SWT, dan kita hanya hamba-Nya. Kita wajib patuh akan semua perintah-Nya kan? Oleh itu, dalam kita leka dengan kehidupan duniawi, sempat-sempatkanlah juga untuk mengingati Allah ya? hee

Dalam tulisan jiwa saya pada kali ini, saya telah pun menulis ajuk ya iaitu 'Saya Rindukan Dia'. Siapa sebenarnya yang saya rindui? anda semua pasti tertanya-tanya ataupun ada sudah yang boleh mengagak saya merindui crush saya. ohh tidak, dalam tulisan saya ini, saya merindui Tuhan semesta alam kita. Satu-satunya iaitu Allah SWT, alhamdulillah dalam menanti bulan Ramadhan, saya tersedar dari kelalaian saya selama ini yang sedikit pun tidak pernah mengingati-Nya. Alangkah bodohnya saya, dan terima kasih juga kepada crush saya yang selalu mengingatkan saya kepada-Nya. dan alhamdulillah, kerana Allah SWT saya ingin berubah agar menjadi seorang wanita, bukan lagi seorang perempuan. Saya berharap dan berdoa agar adik-adik dan kawan-kawan saya yang masih lalai dengan duniawi agar segeralah bertaubat kerana Ajal tidak menunggu Taubat anda ;) sekian, assalamualaikum.