follow me ;) xx

Monday, June 17, 2013

CRUSH

 haha, hai assalamualaikum semua. Apa khabar? dan saya harap anda semua sihat sejahtera sahaja.

Sebelum itu, saya ingin bertanya di sini. adakah anda masih ingat dengan saya? haha, mungkin ada yang sudah lupa ya pemilik blog Farrah Arra ini oleh kerana saya terlalu sibuk dan terlalu malas hendak menaip berjam-jam di depan komputer untuk blog saya yang semakin membusuk ini. Bukan saya hendak menghina blog yang saya terajui sendiri ini, namun itulah hakikat yang perlu anda dan saya terima. Lebih-lebih lagi saya memang sudah hilang ingatan dan lupa tentang blog ini. Lupa segala-galanya. entah apalah masalah yang dihadapi oleh saya sebenarnya, mungkin seperti yang telah saya katakan tadi, malas dan sibuk.

okey, kita hentikan cerita mengenai masalah peribadi saya itu :3 mari kita cerita pasal crush saya pula. mahu tahu siapa crush saya? haha, tak kelakar lah kan kalau mahu upload gambar dia dekat sini. kan? nanti dia saman saya pula kerana mencabul privasi dia :3 yang saya boleh katakan hanya lah saya gelar dia dengan gelaran H sebab nama dia bermula dari huruf bertuah itu :) mula-mula kenal dekat BBM, lepastu sambung pergi FB, lepastu Twitter. mungkin anda kata saya kurang kewarasan, tetapi saya masih juga akan crush on him no matter what k. mari kita cerita serba sedikit mengenai diri dia :) mesti ramai yang mahu tahu ni kan? mungkin juga tak. whatever k whatever.
mari main permainan yang selalu kita jumpa dekat FB ni.

NAMA: H
UMUR: 18
ALAMAT: KK
JANTINA: Lelaki
KERJA/STUDY: Study
STATUS: Bujang

okey, tak mahu lah cerita lebih-lebih pasal dia. nanti korang pula yang jatuh cinta dengan dia kan? gatal~ haha, gurau k gurau :3 apa-apa pun saya berharap suatu hari nanti dia akan pandang juga saya yang buruk ni. dan saya tak harap lebih, saya tak harap pun dia jadi BF saya ka apa. Jodoh tu kan di tangan Allah SWT. kalau dia jodoh saya, alhamdulillah. tapi kalau bukan pun, saya yakin Allah SWT telah aturkan segala-gala yang indah bagi saya. Amin :)