follow me ;) xx

Thursday, March 28, 2013

KK ;)

hai assalamualaikum semua.
nama saya Fara, dan sekarang saya berada di Kota kinabalu or nama popularrrr nya KK :D
Kemarin saya sampai kat sini naik train dari Beaufort. Dari Kuala Penyu saya naik bas pula. begitu rajinnya saya kan? tepuk lah tangan tu :3

Kemarin masa sampai seja kat stesen kereta api Putatan, masa dah keluar dari train tu kan, tiba-tiba saya nampak duit RM50 jatuh tau, dari orang yang jalan kat depan saya. Saya pun pungut duit tu then bagi kat dia. Dia ambil, lepastu dia kata "Thanks". But, lepastu dia tunjuk duit tu kat kawan dia and cakap blablabla. Saya terdengar sounds like dia kata bukan duit dia. Err, menyesal bagi. Terlalu jujur lah pulak!

Lepas tu kan, saya dah nampak dah my boo duduk kat kerusi tunggu kedatangan cinderella nya ni, cinderella lah sangat kan! terus saya pun pergi ke arah dia. Mula-mula tu, sebelum saya sampai kat stesen kami on call. Tapi kononnya kami mahu saling mencari-cari bila sampai sana. Dia kata dia mahu menyorok. Tak jugak, dok tepacak seja kat depan-depan muka saya. Agak mintapuji gaya dia.
Lepas tu pula, saya ada cerita juga dengan dia pasal duit tu, tahu apa dia kata dengan saya ? "buduuuu"
thats all, takpe. boyfriend saya ni memang lah tersangat sweet kan!

Terus kami pun berangkat menuju ke bandar KK lepas tu. Kami pergi CP atau nama penuh dia Centre Point Shopping Mall. kat dalam CP, kedai first yang kami tuju is KFC restaurant sebab saya kata dengan dia memang saya tersangat lah lapar tika itu. huuuuu
Kami order dua set Colonel Chicken Rice and boyfriend saya minum Revive saya pula Pepsi sahaja. Budak yang kat kaunter masa tu, yang layan kami tu kalau tak silap saya perempuan. Tak bertudung.
Lepas bayar makanan tu, kami pun pergi cari tempat duduk. Masa tu punya lah ramai kan, nasib baik KFC kat CP ne dah renovate tahun lepas. Luas dan lebih banyak tempat. Masa makan tu punya lah saya tebaruss,  ya lah, terlampau lapar ni kan. haha XD

Lepastu, kami pergi jalan-jalan lagi round CP. Lepas tu kami pergi beli ice cream, then lepas tu lagi kami pergi tempat main pool. Tapi masa tu pool banyak orang. Malas pula saya nak main. Lepas tu kami pergi karaoke, lepas tu jalan lagi. Lepas tu dalam kira-kira jam 4 kami terserempak pula dengan kawan boyfriend saya iaitu Eben. Eben dengan girlfriend dia. Lepastu masa kami nak keluar, terserampak lagi dengan Eben. Masa tu Eben dengan kawan-kawan dia nak pergi Tg.Aru. Dorang pun bawa kami pergi, masa tu pula kan tiba-tiba seja bf kesayangan saya ni merajuk entah kenapa. Then, kami pergi lah kat Tg.Aru. Masa kat sana dia masih kurang bercakap dengan saya dan lama-lama saya pun fed up mahu pujuk dia saya pun berlalu pergi berjalan perlahan-lahan dan dia pun kejar saya dari belakang. Masa tu dia tahu saya pula yang nak merajuk. Dia nak halang saya dari jalan, saya takmahu layan dia. Haha, lepastu pula dia pujuk-pujuk saya sampai saya senyum semula. Kami pun pergi duduk kat tempat lain yang tiada kawan dia tu. Tapi kemarin memang ramai orang lah kat situ. hmph,best nya tengok dorang camping dengan family.

Lepas puas ambik gambar guna phone bf saya, kami pun pergi balik ke Putatan. Sebab masa tu memang sudah hampir maghrib. Dia hantar saya ke rumah sepupu saya dan dia pergi balik kerja. END .

2 comments:

  1. Hye , sayang .. Thanks for blogging .. really mw nanges ouhhh .. Hhee :D Muah muah muah :* :*

    ReplyDelete
  2. aikkk? mau nangess knp kau syg ?

    ReplyDelete