follow me ;) xx

Monday, February 25, 2013

keras seperti batu.

dulu aku lemah, aku tak kuat. Aku sakit.
Sekarang aku kuat, cukup kuat untuk berdiri tanpa sebelah kaki.
Untuk terbang tinggi tanpa sebelah sayap dan untuk berlari tanpa pandang belakang lagi.
Sekarang aku sudah cukup puas menangis demi kau. Menangis untuk meratap kepergian kau yang langsung tiada makna untuk aku sekarang.
Pergilah kau cinta lama. Pergilah kau jauh-jauh dari si Perempuan yang gagah perkasa ini. Sebelum buku lima hinggap di pipi, lebih baik kau pergi tinggalkan aku sendiri.
Aku lebih rela menangis sepi daripada menangis kerana kau pergi. Atas sebab kau cintakan dia lalu melupakan aku cinta yang kau sayang-sayang dulu.

Hei sang Lelaki, jangan sesekali kau hampiri aku lagi. Sudah cukup masa yang ku beri, untuk buat kau sedar diri. Pergi !
aku sudah bukan milikmu lagi, jadi lebih baik kau buang aku dan pergi kepada dia. Si sang Kekasih hati.
Aku lebih rela sendiri daripada harus meratapi kepergiaan mu yang sungguh sia-sia untuk aku tangisi di setiap malam di kamar sepi ku sendiri.

HAHA, mungkin kau kata aku gila bila aku ketawa. Mungkin kau kata aku sudah tidak siuman kerana kehilangan kau di hari lepas. TIDAK. tidak sama sekali. Setitik airmata pun tidak akan aku titiskan demi kau sang penipu. Sang pemberi cinta palsu. Kini aku hidup penuh dengan senda tawa, dengan perasaan yang gembira tanpa perlu mengenang kisah-kisah lama. Tanpa perlu menitiskan airmata. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah sayang kau, aku sayang gila kat kau dulu. tapi, dah kata pun dulu kan. DULU kan.
Hell la kalau mahu ingat lagi. Now, I am going to delete all about you in my past post. Start !

No comments:

Post a Comment