Tiada siapa yang faham perasaan aku, perangai aku dan apa2
pun tentang aku. Sebab aku kata diri aku ni ‘senang didekati, mudah dimiliki,
sukar ditakhluki dan payah difahami’. Kalau sesiapa yang sudah lama kenal aku
pun maybe akan sokong apa yang aku kata ni, sebab diri aku ne mcm ada banyak
personaliti, boleh berubah2 sikap, kadang2 aku pun tension jugak, tapi apa kan
daya. Aku tetap aku, siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan perempuan2
awesome diluar sana, yang berpakaian sexy, punya segalanya. Tapi aku tetap
bangga, lahir di keluarga yang sederhana, tapi aku hampir2 miliki segalanya.
Kita tidak perlukan cinta sebenarnya, aku merasa begitu. Tapi banyak yang
menyatakan bahawa hidup ini perlukan cinta, tapi bagi aku tidak. Kita juga
boleh hidup hanya berlandaskan al-Quran dan hadis. Itu jika kita bercakap
tentang agama, jika tentang diri kita pula kita boleh kata yang kita boleh
hidup dengan keyakinan dan kasih sayang sesama insan, cinta itu hanya bonus
dalam kehidupan. Cinta antara dua insan itu lah, lain pula jika kita kata cinta
pada Allah dan Rasul. Itu wajib! Kita mestilah cintakan Tuhan kita dan juga
Rasul kita, tanpa Tuhan hidup kita pasti kosong. Nabi Muhammad SAW pula pesuruh
Allah, pastinya kita harus ada rasa cinta pada beliau. Kerana kita semua yang
di bumi ini adalah hamba Allah SWT dan juga umat Nabi Muhammad SAW. Aku
bukanlah hebat atau fasih soal agama, jujur aku katakan aku juga seorang yang
jahil tentang agama. Tapi aku tahu, yang jahil akan ke neraka, yang soleh akan
ke syurga. Begitulah juga kehidupan kita di dunia, yang rajin akan berjaya,
yang malas akan kecewa. Semua insan
berhak merasa bahagia, tapi bahagia takkan tiba jika kita tidak berusaha
mendapatkannya. Bukan untuk kebahagiaan dunia sahaja, kita juga harus bersedia
banyak untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat sana J jadi saya doakan anda semua
akan terus diberkati oleh Allah SWT, teruskan lah hidup. Jangan terlalu
memikirkan cinta, sampai2 sanggup untuk membunuh diri. Bagi saya, cinta jangan
di nanti. Ia akan datang sendiri, kerana Allah SWT telah menetapkan jodoh buat
kita semua. Saya percaya takdir Allah J
sekian dan assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment