Mungkin bukan kau yang pertama,
kerana aku sudah banyak kali bercinta. Namun mengenal mu adalah perkara yang
terindah bagiku, tak pernah ku bayangkan kau akan jadi milikku. Walaupun banyak
yang menyatakan bahawa kau menduakan ku, tetapi aku tidak peduli soal itu
walaupun aku juga sedia maklum bahawa kau juga curang di belakangku. Aku sedar
siapa diriku, aku tiada hak untuk menghalang mu. Walaupun sering kali kau
katakan bahawa aku tidak mencintaimu, namun aku juga tidak mahu kau faham.
Biarlah aku sahaja yang tahu bagaimana sayang dan cintanya aku terhadapmu.
Memang aku kelihatan tidak kisah, namun biarlah itu menjadi rahsia ku dan
Allah. Sejujurnya memang aku belum menyintaimu sepenuhnya, kau masih ku anggap
seperti teman tapi mesra, tetapi aku tidak sampai hati ingin memberitahumu. Aku
mahu kau bahagia bila bersama aku, aku tidak mahu orang yang menyayangiku
berasa derita. Kerana itulah satu-satunya perkara yang paling aku tidak ingini
di dalam kehidupanku. Meski pun aku rimas kadang2, namun aku harus membahagiakanmu
selagi kau masih bersama aku. Aku akan pastikan tiada rasa kecewa dihatimu jika
kita tidak ditakdirkan bersama. Aku tahu betapa sayangnya kau padaku, aku tahu
kau tidak menipu. Aku dapat rasakannya. Biarpun kau curang, aku sungguh2 tidak
peduli tentang itu, sesetengah perempuan pasti akan mengamuk atau sedih dan
kecewa, tetapi aku tidak. Mungkin semua orang akan kata aku ni tidak mempunyai
perasaan terhadap mu, tetapi biarlah rahsia. Mungkin suatu hari nanti pasti ada
seorang insan akan mengerti mengapa aku berbuat begitu. Pasti.
No comments:
Post a Comment